Soalan Lazim (FAQ)

Sebarang Pertanyaan Hubungi Kami.

Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon di ajukan melalui pautan e-Aduan atau hubungi kami di talian 05-209 5000 / 05-253 1957.

Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain yang berkaitan dengan agensi mohon di ajukan di Maklumbalas/
Komen
atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pejabat Daerah Dan Tanah Ipoh
Lorong Pasar, Gugusan Manjoi,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon : 05-5275875
No. Faksimili : 05-5275706

PEMBANGUNAN TANAH

Soalan

Bolehkah permohonan pembangunan tanah dibuat sekiranya tarikh sah Perintah Pembangunan telah luput?

Jawapan :

Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.

PENGURUSAN TANAH

Soalan

Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat
di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?

Jawapan :

Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan
dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru
(Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

Soalan

Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya
mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?

Jawapan :

Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara
dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Soalan

Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

Jawapan :Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru
(menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut
berada untuk diberi pertimbangan semula. 

Soalan

Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?

Jawapan :

Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi
kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.

HAKMILIK STRATA

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan hakmilik strata?

Jawapan :

Hakmilik strata ialah suatu hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap petak di dalam bangunan yang berbilang tingkat dan juga hakmilik yang dikeluarkan kepada petak-petak tanah
dalam skim komuniti berpagar.

Soalan

Kenapa hakmilik strata diperlukan?

Jawapan :

Hakmilik strata diperlukan bagi menjamin kepentingan setiap pemilik petak dan memudahkan urusniaga terhadap petak berkenaan seperti pindahmilik, gadaian, cagaran,
pembahagian pusaka dan sebagainya.

Soalan

Siapakah yang patut memohon hakmilik strata?

Jawapan :

Pemilik tanah adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata.

Soalan

Bilakah permohonan hakmilik strata patut dibuat oleh pemilik tanah?

Jawapan :

Pemilik tanah diwajibkan membuat permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan JIKA beliau telah menjual mana-mana petak dalam bangunan berbilang
tingkat atau tanah. Tempoh yang dimaksudkan adalah:

6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli pertama atau 6 bulan dari tarikh Certificate of Completion and Compliande (CCC) dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.

Soalan

Jika pemilik tanah enggan membuat permohonan hakmilik strata, apakah kesannya?

Jawapan :

Jika pemilik tanah gagal membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata adalah melakukan perlanggaran Seksyen 8 (7) Akta Hakmilik Strata 1985 dan jika
disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM100,000.00 dan didenda selanjutnya tidak kurang daripada RM100.00 tetapi
tidak lebih daripada RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu terus berlaku.

Soalan

Di mana dan bagaimanakah permohonan hakmilik strata boleh dibuat?

Jawapan :

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar terus kepada Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dengan disertakan bayaran
dan dokumen-dokumen seperti disenarai semak.

Soalan :

Siapakah yang bertanggungjawab mengawalselia pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta perjalanan Perbadanan Pengurusan?

Jawapan :

Pesuruhjaya Bangunan (COB) adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawalselia pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta perjalanan
Perbadanan Pengurusan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) Akta 663.

PUSAKA KECIL
Soalan

Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?

Jawapan :

Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara. 

PENGAMBILAN TANAH
Soalan

Di dalam Borang H ada disebutkan tentang penahanan bayaran pampasan sebanyak 25%. Jadi saya inginkan penjelasan mengenainya. Dalam keadaan
manakah penahanan tersebut berlaku dan adakah pampasan untuk saya juga ditahan sebanyak itu?

Jawapan :

Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi
projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25%.

BAHAGIAN HASIL
Soalan

Di manakah saya boleh dapatkan Bil Hasil Tanah jika saya tidak menerimanya?

Jawapan :

Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Hasil Tanah di mana-mana Pejabat Daerah & Tanah Negeri Perak dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor
Hakmilik dan Nombor Lot.

Soalan :

Kenapa saya tidak boleh menukarkan alamat di Bil Hasil Tanah?

Jawapan :

Sebarang penukaran alamat hendaklah dibuat di atas geran sahaja. Pemilik tanah berdaftar hendaklah mengisi Borang 26A Perubahan Alamat dan menghubungi
Bahagian Pendaftaran Hakmilik Pejabat Tanah & Galian atau Pejabat Daerah & Tanah dimana hartanah pemilik berada untuk urusan tersebut.

Soalan

Adakah saya perlu membayar Bil Hasil Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Jawapan :

Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Soalan :

Dimanakah saya boleh membayar Bil Hasil Tanah?

Jawapan :

Bil Hasil Tanah boleh dibayar di mana-mana kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak, UTC Ipoh dan di semua Pejabat Pos seluruh Perak (tunai sahaja).
Bil Hasil Tanah juga boleh dibayar secara perbankan internet melalui bank-bank terpilih (sila rujuk Bil untuk maklumat bank)

 

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.