• Utama
  • INFO KORPORAT
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN
 PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, IPOH
 PERAK DARUL RIDZUAN
  
Kami menyedari bahawa Pejabat Daerah dan Tanah memainkan peranan yang penting di dalam mengutip hasil cukai tanah, menguruskan permohonan dan perdaftaran di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh.
Oleh itu kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan berlandaskan perkara-perkara berikut :-

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
1. Memproses permohonan baru Lesen Hiburan Awam dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh permohonan lengkap.
2. Mengeluarkan Lesen Hiburan Awam bagi permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh 7 hari selepas Mesyuarat Pembaharuan Lesen Hiburan yang diadakan pada bulan Disember setiap tahun
3. Membuat bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan baucar bayaran yang lengkap.
4. Memberi maklumbalas pertama kepada pertanyaan atau aduan awam dalam tempoh tidak melebihi 3 hari bekerja.
 
BAHAGIAN PELUPUSAN
1. Memproses permohonan pemberimilikan tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan.
2. Memproses permohonan lanjut tempoh pajakan dalam tempoh 6 bulan.
3. Memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dalam tempoh 6 bulan.
4. Memproses permohonan permit bahan batuan dalam tempoh 2 bulan.
5. Memproses permohonan perizaban tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan.
6. Memproses permohonan skim perumahan/industri di atas tanah  kerajaan dalam tempoh 12 bulan.
7. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JKPTD) sebanyak 12 kali setahun.
 
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN TEKNIKAL
1. Menjalankan siasatan terhadap aduan dan mengemukakan maklum balas dalam masa 7 hari bekerja.
2. Menyediakan pelan tapak yang dibeli pada hari yang sama.
 
BAHAGIAN HASIL
1. Memproses permohonan bayaran secara ansuran tunggakan cukai tanah bagi pelanggan yang hadir di pejabat tidak melebihi 1 jam.
2. Memproses permohonan remitan cukai tanah dalam tempoh 2 bulan. (Sehingga permohonan panjangkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak).
 
BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN PEMBANGUNAN
1. Mendaftar setiap surat cara melibatkan urusan urusniaga dan bukan urusniaga yang lengkap dalam tempoh 1 hari bekerja.
2. Memproses permohonan kebenaran yab menteri besar bagi kebenaran pindah milik dan mencagar dalam tempoh 14 hari bekerja.
3. Mengeluarkan sijil carian rasmi pada hari yang sama waktu waktu bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
4. Memastikan setiap hakmilik sementara ditukar ganti kepada hakmilik kekal diproses dalam tempoh 5 hari bekerja setelah penerimaan dokumen– dokumen yang lengkap.
5. Memastikan setiap permohonan hakmilik sementara mukim dan deraf hakmilik pendaftar disediakan dan disempurnakan dalam tempoh 5 hari bekerja.
6. Memastikan segala urusan melibatkan pembangunan tanah seperti urusan serah balik tanah, pecah sempadan tanah, pecah bahagian tanah dan penyatuan tanah bagi hakmilik pejabat tanah dan hakmilik pendaftar diselesaikan dalam tempoh 5 bulan dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
 
NURDINA BINTI MUHAMMAD
KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH IPOH
 
PEMULIHAN PERKHIDMATAN :
Jika Atas Sebab-Sebab Tertentu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Dalam Tempoh Yang Dijanjikan, Kami Akan Dengan Serta Merta Memberi Jaminan Kepada Pihak Pelanggan Untuk Melaksanakannya Dalam Masa Yang Dipersetujui.
 

 

 


 

 

 


 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.