Sejarah

Sejarah Ipoh

Ipoh
ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah
Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan perjalanan sepanjang 500 km sahaja untuk ke Kluang, Pulau Tioman, Johor dan Singapura, bandaraya dunia.

Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Datuk Harun Rawi. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia, terletak
di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang
beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia
terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh
atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim,
Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.