• Utama
  • INFO KORPORAT
  • Perutusan
  • Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Satu Malaysia, Salam Perak Amanjaya.



SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH KECIL IPOH

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama di dalam Laman Web ini dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan tahniah kepada AJK Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam mewujudkan laman web ini.

Semoga usaha murni ini akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh khasnya serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak secara amnya. Kepada pengunjung semua adalah menjadi harapan saya segala maklumat yang ada dapat memberi manfaat dan panduan yang berguna dalam usaha mencari potensi yang terdapat di daerah ini.

Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan serta aduan bagi bersama-sama membangunkan daerah ini ke arah memenuhi aspirasi negara dan impian rakyat keseluruhannya.

Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Kecil Ipoh.


Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta,
Ipoh.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.